Wednesday, March 31

nak update...

tapi xcukup masa utk buat sume menda yg nak buat
aish....tp sume menda yg kena buat sendiri

urus dokumen,
buat surat akuan,
fikir itu...fikir ini...
nak suruh adik tolong sambung buat bunga reben tapi segan...
sbb saye busy buat keje lain...

sedara mara kelantan ramai yg nak turun putrajaya,
siap ade sepupu (yg dah tua2 ada anak baya ain) yg dah block schedule 30april-1may-8may
wah terharu!!!
seeemua yg ain xpernah jumpa derg nak datang,
almaklumla dulu xpenah berkesempatan nk kenal semua..
alhamdulillah sekarang yg mana ain belum kenal akan datang memeriahkan majlis
hopefully semuanya bahagia =)

impress dgn keluarga sebelah mak....

saya perlu buat keje ni,
tp bukan kerja kawen...
nnt saye share insyaAllah


--------------------------
Perkahwinan menghubungkan ikatan dua keluarga bukan mengasingkan pasangan daripada keluarganya sendiri
---------------------------

Sunday, March 28

Menggubah Hantaran (Part2)

Ini berlaku beberapa malam yg sudah sehingga malam semalam,
kire combine entry la nih senang citer.

Base utk letak barang hantaran dah siap balut dah,
8 base semuanya,
balasan ke pihak lelaki 11+1(cincin) dulang.

Buat yang ade ni dulu.

Jumaat malam sabtu ritu setelkan dengan adik sampai pukul 130am gakla.

Crepe Paper RM0.80


adik gunting+tampal base 2nd layer


Polisterin nipis2 nak kena amek lg from buangan office nanti,
hihi untung2 takyah beli ^^;

---------

Semalam pergi amek sijil kursus kahwin encik tunang kat tempat kursus tu.
Sijil dapat a week after..lambat tul,
kalau wat kat JAIS dulu dapat on the spot before habis kursus masa last day tu.
Sijil die nipis n lebih simple drpd sijil yg ain dapat ritu.
Janji dah setel!!

Encik tunang~ ini sijil yang membolehkan kahwin kat Malaysia ni ye


Tahniah!dah boleh kahwin kat Malaysia =P

Encik tunang kata,
dulu masa die ambil kursus before die fly dulu lagi detail,
kena tidur malam kat masjid.
Belajar fekah, tajwid, tauhid semua. Kan bagus kalau buat macam tu sekarang ni.

Lepas ambil sijil tu terus ke Seri Serdang g kedai reben kat SS besar tu.
Nak beli ribbons utk ikat doorgift special tu.
Jumpe ribbons yang sebijik tulis 'thank you' tu tapi mak aaaaaaaai rega!
Beza RM1 tuuu dengan kat Nilai3.
Mahal gile okeyh!!
Disebabkan cam xlojik beza harga tu...ain amek ribbon kosong je.
Warna lilac...kut.
Suwiiiit sangat2 kaler die. Geram lak tengok, tp since gmbr dlm ni sume pakai Sony W660i je maka kurangla ke'gula'an gambar ribbon ni...mak pun kate "cantik kaler reben nih" =D




--------------------------
Pagi tadi sampai laaa petang tadi pula,
tulis alamat kawan2 yang dah bagi kat email/fesbuk pada kad.

Ni separuh baru, ramai yg belum bukak mel lagi rsnye,
kena remind kat sms kut...

Alang2 dah buat kad, baik send je sampai habis
e-invitation tetap akan ada,
tp setelah selesai kad dihabiskan baru akan announce n semorang boleh akses =D

Kad2 utk sedara mara mak uruskan,
Banyak gak,
mak siap dah separate ikut tempat dah.

Siap utk dipos


Tinggal alamat (skang ni semua dah siap tulis alamat dah,tp xkire lagi bape)


Hurm...,malam ni nak buat bunga reben dan iron baju keje esok!
langsir tak potong2 lagi,
keletihan..jangan buat keje time letih2 nnt takut xjadi sayang je kan?

p.s:encik tunang dah buzz nak chatting!~~~ ureshiiii (saya merajuk ni sebenarnye =P)

Thursday, March 25

Update yg lambat! : Encik tunang balik Malaysia sekejap ^^

OKEH OKEH!

18/3/2010

Malam pukul 1030pm encik tunang touch down @KLIA from Kota Kinabalu sbb flight from Narita tu transit sejam.

Then, terus g makan since ade org tu sanggup xmakan sbb nk tgk muke encik tunang kua departure hall =P.

Banyak kedai makan dah tutup, ingat nak makan kat EDEN, tutup jugak. So, choice yg ade pun just burger king n McD. Ain makanla bubur ayam McD.
Encik tunang lapa nasi sian die.

Terus hantar encik tunang balik & seperti biasa die akan hantar kite dulu sampai depan rumah.

Esok ain cuti hoyeah~~


19/3/2010

Pagi pukul 10am terus ke Kajang ke dzulldeclassique utk tempah baju bertandang encik tunang-guna kain kuning jagung yg beli kat jakel ritu.
Sekali tailor belum sampai daaa...so kiterg decide utk dtg petang.Sebab nk g kejar buat HIV Test kat Klinik Kesihatan Telok Datok, Banting.

Sampai Banting dah pukul 1lebih jugak.Kitorang lunch kat Sri Lang, pergi FAZZ Kerepek House (yg mmg ain recommend kat sesape yg dtg Banting-murah n sedap compare to kerepek2 di luar sane.Wah!iklan la pulak =P).
Encik tunang suka makan kuih siput, so belila dlm 500gx2peket.Plus few kerepek2 lain.

Terus ke klinik tp belum buka lagi sbb lunch hour+solat jumaat kan...Lepas tunggu dalam 15mins terus kiterg g daftar n isi borang utk encik tunang HIV Test dan tunggu dlm 10-12minit terus dipanggil masuk. Nurse bertugas yg bg borang tu lembuuut je cakap.

Best wo buat HIV Test kat sini sbb xde org sangat haha! Rasanye kiterg aje kut couple yg wat HIV Test haritu =P. Doktor die baik n lembut je cakap-professional sepertimana yg sepatutnya seorang doktor.Dapatla jugak dgr same2 pasal hiv/aids ni kan. Tapi lagi best kalau dgn nurse yg kat Klinik Putrajaya tu. Sbb die byk ckp kut =P.

Apepun Klinik Telok Datok pun ok je. Cuma sorg je staff die yg 'cengey', dah senior pun org tu...abaikan jela.HIV Test pass!!

Borang HIV Test selangor, xde tulis pass/fail pun?..

oo tp bwh ade tulis tempoh sah laku,hehe


Terus ke Kajang utk tempah baju kat DDC.Harga standard kut kat selangor ni kalau buat kat kedai.
Once again kak ina ade (tp mungkin die xingat ain kut sbb ramai customer kan) dan die tegur "Cantik rantai awak", yep, kak ina mmg pandai amek hati pelanggan.Tapi saye yg tatau nk react cane, just senyum je (patut ucap "terima kasih" daaa).

Dah setel tu kami ke Putrajaya balik nk bawa encik tunang g pasar malam kut2 die ade menda teringin nk makan ke kan. Ada pertunjukan belon panas kat sebelah tapak pasar malam tu, sempatla snap gambar encik tunang dgn darth vader.

Darth Vader + encik tunang.


Die suka makan asam!hohoo jarang lelaki suka makan asam2 ni. Banyak gak die beli =P.Agaknye nanti kalau ain mabuk2 nanti die yg sakan makan asam kut ^^;.

Tengah pilih asam masin


Beli keropok lekor - nyam2 saye pun suke


...parking penoh gileeeee sbb ade pertunjukan belon panas tu lee

Malam tu terus ke Alamanda nk tgk Alice in Wonderland tp cam full house je. Kiterg tgk Greenzone Matt Damon, not bad.

Before that cari kasut ain utk hantaran, ya Allah sennag gile!! selama ni mencari xjumpe yg berkenan.Sekali g dgn die ni senang je, xsampai 15minit dpt n bayar skali..kat La Primavera je..murah lak tu xsampai RM100 sbb ade 30% off ^^v.

Arigatou~


Lepas tgk movie terus pulang....


20/3/2010

Pagi2 encik tunang dtg rumah dgn adam&adi jumpa mak. Sambil makan roti canai sambil borak sket. Pastu ain lak g umah ina jumpe ayah encik tunang.Sambil tunggu encik tunang bersiap utk ke Kursus Kawen pukul 230ptg.

Sempat ke Alamanda cari wallet n passcase encik tunang lak. Kiterg dpt kat Sembonia mens range je. Asal2 nk Paul Smith tp xde masa dah nk cari.Senang betul cari barang dgn encik tunang nih! Lenkali tunggu die blk la kalau nk beli brg penting =P.

Terus hantar encik tunang ke Kursus Kahwin di Presint16.Atas dewan kahwin kiterg nanti =D.

Malam tu encik tunang ajak g Kg Baru, nk beli sate padang utk ayah die.

ade keta plat AFU (kiterg terus cakap "Afu-chan!" haha)
terus snap gambar



OTW ke KL tu die citerla ape isi yg die dpt kat kursus tu.Seronok je ain dgr =)

Encik tunang nak makan nasi lemak antarabangsa tp que panjang sgt so die makan nasi campur je. Ain makan kueytiaw kerang, sedap tp xhabes sbb banyak! perut saye kecik..so, as usual encik tunang la habiskan.hehe sorry dear & tq

Kueytiaw saya makan xhabis utk dihabiskan sidia, ehe..kena jaga perut saya nih =P.

erk,senget....ehe bolelaaa =P

21/3/2010

Harini Kursus stat pagi kul 9am-630pm.
So pagi tu just hantar die ke kursus, ain lak g pasar membeli barang dapur.
Petang lepas amek die kursus terus bw die g jumpe mak n anta encik tunang ke rumah adik die yg sekangkang kera je dgn rumah ain.

Uuuu cedey nk kena tinggal, dptla bbrp brg 'busuk' yg ditinggalkan utk ain.hehe

Antaranya,chukyo-kun!Maskot CHUKYOU TEREBI

kalau sesape yg familiar dgn audibles Y!M akan ade satu ikon yg lebeh kurang cam chukyo-kun nih.Die ckp 'Chayo~'.


----------------------------------------------------------------------------------

Sempoi (^.^)v


Setiap kali balik mesti die belikan magazine from sane, tenkiu~~~
die tau saya suke baca magazine cani & tiap kali die belikan magazine yg ade free beg.Dan die tau saya sgt sukakan BEG~!hohoh =P.Doumo arigato!



malam ni takde wat pape,
rehat2 jelaa....mlm esok kut stat nk wat hantaran+potong langsir bilik pantin
hehe
oyasumi!!

Pass!

Baru je dapat call from Puan Laila from Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ^^

Panggilan utk ambil surat kebenaran bernikah di Masjid tu dan dengar penerangan from Ustaz Redha tentang area2 yg bakal digunakan kat masjid tu.

Happy!!
Alhamdulillah!Syukur dah setel risau pasal tempat nikah.

Skang ni just risau waktu free adik je nak jadi wali, sbb minggu exam..semoga minggu tu die free from exam la hendaknya. Amin~

Menggubah Hantaran(Part 1)

Malam semalam 23/3/2010 membalut polisterin dgn kain satin putih (semeter RM2.50) beli kat Nilai.
Ukur,gunting dan iron bagi nampak kemas sket.
Oh! Before iron, ain lilinkan sikit tepi satin yg berambu2 tu sbb nanti kalau stat nak menggubah die akan tertarik2 dan nnt end up kain tu rosak pecah2.
Almaklumla kain ni kan murah je kan.

Lepas tu balut dgn penuh berhati2 gunakan 2sided tape.Siap pukul 1pagi gakla.
Sudahnye the other day 24/3/2010 tu terlewat bangun.
Kul7 baru tersedar nak bangun =P. Kelam kabut dibuatnye, sebaek 10minit je lewat masuk office

Before balik rumah semalam g singgah rumah pengapit kat Olak lempit, pass kad kahwin.
REHAN-best friend sejak lower form lagi.Best mmg best sbb kiterg satu kepala =P.
Cuma jauh je die ni skang, die kat Penang dah habis Master dah pun.Dapatla share ke-excited-an bersama2 hihi.
Memang dah macam family.Masuk pun lalu pintu dapur je.hihi.Jumpe yaya niece die yg sgtlaaaa sukekan binatang.Masuk reban ayam la, bg makan rabbit la umur bawah 5tahun rasanye..kan?

So malam tadi ingat nak sambung balut utk 2nd layer punye gubahan tp xdan sbb malam tadi cume discuss design je dgn adik&mak. Baru pukul 10 ain dah layu dah mata,xlarat tahan sbb semlm pun dah tdo lewat.

Encik tunang pun xhabis lagi penat katanye.

Hurm..malam ni since barang belum cukup nak buat tapak, mungkin akan balut 2nd layer dulu n buat bunga reben banyak2 sket.

Uuuuu ilove!
suke bunga reben sbb nampak fluffy~~
tak kaku.

Kami tak guna bunga plastik cam selalu,daun/baby breath plastik je yg kami guna.
Hajat nak fresh flowers tp 'mendou' nak kena jaga, takut silap touch up layu la..kang tersilap lipat laa..lgpun xde masa n xpandai nk manage fresh flowers nih.

Nak guna reben je.
Sangat ekonomi dan saye suke ribbons!!

Yosh!
Boleh siap cepat nih rasanye.Simple je...tp sgt excited!!

Owh!
Main warna pastinya PUTIH! v(^-^)v
Putih-silver-cream-hijau
haha belasah~

--------------------------The Process---------------------------------
Potong lebih sket dr size polisterin
(mahai wooo polisterin nih!RM1.80 satu pergh!Dulu masa wat projek skola bape sen jek dha dpt yg besooo punye kan?)



Iron sebelum balut, bagi kemas sikit walaupun ini hanya base


Balut dan balut (itu adik saye ye)


Siap!


2 sizes, yg besar2 utk barang yg besar such as baju/kasut/sejadah etc..


Sikit je barang yg kami guna


--------------------------------------------------------------------

p/s:bile sebut "menggubah" banyak2 kali rasa cam pelik..apesal die bagi nama gubah?atas sebab ape ek?<---soalan yg rasanye remeh utk dijawab. SUDAH!mengarut saja =P

Sunday, March 21

...i miss him already

God determines who walks into your life.

It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse

to let GO!!


--------------------------------------------------------------------------
Encik Tunang dah sampai ke KLIA br je td, and dah check-in pun dan masuk Business Class sbb "manseki".

Ain xpergi, biarla dia spend masa dgn family die.
Serba salah pula kalau ain g nanti.

Td say bye2 f2f pun beriya tahan nangis huhu.
Rasa cam budak kecik yg perlukan perlindungan dia-camtu kut feelingsnye.
ehe

I LOVE HIM MUCH!

Friday, March 19

Announcement~

Alhamdulillah encik tunang dah selamat sampai,
happynyeee jumpe bakal suami
hihi
tdo pun lena,
rasa nk bangun tdo cecepat nk jumpe satgi
ahaks

anyways,
wedding announcement dah letak kat facebook =)
mcm bawah ni...

Click to play this Smilebox greeting: Wedding Announcement
Create your own greeting - Powered by Smilebox
A greeting card by Smilebox


this weekend akan dgn encik tunang sahaja.
setelkan hal2 yg boleh disetel dulu.
^^

i love him so much!

Wednesday, March 17

Doorgift Special Pengantin

Jeng jeng jeng~~
(hint yg nyata tu)


Malam semalam aktiviti mengikat reben pada doorgift special pengantin.

Doorgift ni hanya utk member2 pengantin je.
Beli reben 'Terima Kasih' kat Nilai. RM2.90 segulung X 4.


Tapi ade lg dlm 50 kotak lagi kut xdpt ikat, kena beli lagi sikit. Itupun dah ade yg panjang ade yg pendek ribbon die.Huhu...kena marah dgn adik sbb xsama
(-_-!)

Ribbons yg telah digunting2..


Malam ni nak tulis2 nama n alamat member yg dah dpt pada kad.
Save the date smilebox dah buat dah. Tapi belum post kat FB lagi.
Encik tunang suggest letak gmbr kami, tapi cam takut lambat lak...ingat nak mintak i post jela dulu yg dh siap ni.Pihak belah die je nanti letak gambar kiterg.Takut tak sempat pulak la dear...

Lagipun mak nak membudget beli setem-mak kata "Setem tu nanti mak belikan jela".
Yey! TQ MAK!!! ^^

Ni pun risau gak ni, xbalik office lagi nih.
Kena settle keje sebelum die cuti.
Ya Allah kau permudahkanla tugasan die harini.
Esok nak balik mesia dah tu, risau pulak.

OMG! SANGAT EXCITED!~~
Lama takde perasaan sebegini excited!!
aaa-----~~~~
hihi
GEDIK!!

ok,
dah dapat persetujuan encik tunang utk post dulu smilebox pihak ain.
Nak post kat facebook~~~~
=D

Tuesday, March 16

Paper Roses & Doorgift








Cantik tak?
Cantik tak?
Hihiiii

Tgkla tutorial die kat sini ni.

Baru 2ketul je buat, mak dah dtg nak discuss pasal doorgift guests.


Gitu gini gitu gini,
so doorgift pun kami tempah online saje ^^
kotak pun online saje.

Dah setel keje mak,
Mendapat review yg bagus juga dr customer yg penah melanggan dgn vendor nih.
Mak kate okla kut, senang dah xyah nak buat bungkus2 nanti.

Kak Rozi pun kate die boleh hantar sampai pintu. Takyah deposit lagi. Senang pun iyer berurusan dgn die.

Kotak doorgift pun same, die boleh hantar terus kat office ain since die kat Kota Kemuning.Dekat dgn TPG.

Setel banyak keje!

Doorgift = RM1
Kotak = 6posen

=D

Alhamdulillah!

p/s: Muni & Jaja dah tawar diri tolong bungkuskan doorgift dlm kotak. Tenkiuuu tenkiuuu muah!

Monday, March 15

1Y1M1W1D on 15/3/2010 ^^



Alhamdulillah,
we survived!Sape kate LDR xde harapan??
sape kate LDR tu mengarut?
*YOU* (org tipikal mcm org tu tuuu-no worries org tu xkan baca blog nih.HAHA!)
Frens, jgn perasan. Confirm bukan anda yg saye katekan ni =D.
Kami contoh Long Distance Relationship yg bagus ape.

Dalam setahun lebih ni actually banyak yg dah dapat belajar.
Encik tunang mmg totally different dpd tanggapan ain b4 dis.Details biarla tersimpan dihati ini.Cewwah!

Most importantly kan, memang baaaaaaaaaanyak kena sabar.
Baaaaanyak kena berkorban.
Tak boleh nak compare diri dgn org yg ade tunang depan mata.
Memang sometimes give-up sometimes fade-up, tapi mintakla kekuatan dgn Allah.
InsyaAllah ok.

Masalahnye yg kalut ni selalunye saye yg pomp ni ha, encik tunang kat sane rilek wat derk je.aiyah! xyahla fedap2. Sebab xde pape pun sebenanye =P

Merajuk2 sensorg tu dah biasa sgtla,
Delete2 info die dlm phone tu dah bbrp kali buat.
(Tp encik tunang baru tau sekali =P, tunggu die bace entry ni br die tau byk kali)
Lepas tu bile ngadu diri ni majuk, habis kena bantai gelak dgn die.
Tapi die pujuk gakla hihi

So far Alhamdulillah kami happy sgt ^-^

But still, masih banyak saye nak explore pasal bakal suami saya ni.
Curiosity semakin tinggi.

p/s:xsaba nih nk g epot khamis mlm ni.

p/s/s: ade entry tertunggak bakal dibayar, hurm... mlm esok?insyaAllah


bes lagu nih, kan?

47days to go

well.....kenapa saya sangat2 rileks ek?
while other bridezilla dah jd dinosaur kut?
kut laaa

hopefully semua lancar ye

Ya Allah,
ku pohon permudahkan urusan perjalanan perancangan kami ini..

Amin...

Saturday, March 13

Tulis nama jemputan

Ehehe...dah ade entry siap tu before this,

Ni entry tertunggak nih,
anyways tengok jela gmbr2 bawah ni dulu ye.

Mak tengah tulis nama jemputan die.Tulisan mak saye cantik okeyh!
p/s:Actually tuliasn ain pun sikit2 ala tulisan mak sbb nak tiru tulisan mak yg kemas & cantik tu ^^


Tulisan kat sampul tu tulisan saye yee



Jemputan kawan2 ain belum tulis lagi.
Hehe, rilek gile perasaan okkeyh!

Sunday, March 7

Makeup Nikah & Offer from RinsSuzana

Ok,
setel bab mekap nikah,
nowadays mekap yg cantik2 sangatlaaa mahal,
sobsob...

(kena ingat ain, adik2 kat bawah tu sume belajar2 lagi *patting atas bahu seniri*)

Ingat nak amek Nurin je skali utk nikah since die yang mekapkan during sanding nanti.
Tp sekali mekap die charge RM500 uhuuuu...tp mmg selayaknya die la kan.Dah makin cantik dah die mekap lately.Sebab ikut gak perkembangan die nih dr hujung 2008 (time Pn Saza kawen la, kite terjebak skali survey2 ni =P).

Takpela, xde rezeki,even EmmaPesona idaman kalbu tu lebih murah dr Nurin still agak mahal terasa skang ni.Owh..

Sekarang ni dah setel dgn Sue Derina.Sponsor dr teman.TQ Darling! (die xmau nama disebut2 katanye).Hopefully semuanya ok la nanti ye?Amin, InsyaAllah.

Dan dah tanye Sue kalau Majlis Nikah dicepatkan ke malam hari pun die ok, just kena inform awal.

-----------------------------------------------------------------------------------

Offer dr RinsSuzana

Jumaat during lunch hour before g keluar makan dgn shikin+fisya.Liyana from Rins call...

Liyana : Ni Kak Su & Abg Rudy kate, Ain ni pelanggan Rins yg agak lama..
Ain : Hak ah,lama jugak.Dari rumah derang yang kat Segambut tu lagi.
Liyana : Tula, derang nak offer, nak tak gantikan XXXXXXX kepada XXXXXX?
Ain : Yang macamana tu ye?
Liyana : Yang macam atas pelamin tu, akan nampak lebih grand la.
Ain : Oooo, hurm..ok gak tu!Bolehla
Liyana : Ok, ain terima ye?
Ain : Hak a, boleh2, terima kasih banyak2 ye kat Rins.
Liyana : Ok same2, nanti Liyana tulis kat resit ye.
Ain : Alright, thanks again!

Sambil tersengih2 gembira gitu.
(Walaupun dalam hati nak mintak baju baru haha! Tapi melampau la org bagi betis nak peha =P.Saye sedar diri)
Semoga melimpah ruahla rezeki RinsSuzana.
Bagus betul diorang ni, ingat tu pelanggan2 setia die nih.
Memang, lama gakla ain terpikat hati dgn Rins.Tak berubah memang kat die jela.
Encik Tunang pun gembira dapat tau berita nih.Siap pesankan suh belikan souvenir utk RinsSuzana balik nanti.

Orang memberi kite merasa,
Orang berbudi kita berbahasa.
(betul ke gini pantunnye?)

Kan?
Thanks a lot Kak Su & Abg Rudy.

Owh, nak siapkan Photobook Majlis Tunang ritu.
Ehehe..xsensiap laginye =P

Saturday, March 6

Staff klinik kerajaan yang berperangai hampeh!

Call Klinik Kerajaan Telok Datok sbb nak buat appointment Ujian Saringan HIV.Nak buat 19/3 ni jugak.Takde dah masa lain.

Before this dah call almost semua klinik area kuala langat & sepang xde yg free.

(Call klinik bangi tak dapat2, klinik seri kembangan pun same xberangkat..Klinik Cheras kena appointment-during office hour manede masa nak pergi sane?dahla keje kat TPG)

Bila dapat Klinik Telok Datok ni lega la bile die kate boleh datang je terus xperlu appointment.

Then cakap la, ade pape dokumen nak perlu bawa ke? Die dah mcm emo dah

Suara die pun dah mmg high pitch dah
"xyah xyah!bukan borang kamu, borang kami bagi"
"org mana ni?"

"saye duduk putrajaya.."
ekceli xhabis explain lagi die dah tengking

"kenapa xbuat kat sane?sane tak boleh buat ke?!"

"dah tak boleh, sebab.." tak abes lg cakap nih, kena tengking lagi skali

"mana boleh tak boleh?!"

weyh!panas aaaa!!
aku punye sikit berbahasa!!tp menten cool lagi,tahan sabar sambil cakap
"CIK!Jangan tengking2, cube sabar dan dengar dulu"

"ha ye" die dah perasan kut ke-emo-an xbertempat die tu,tune suara die pun rendahkan sket.

"saya nak booking utk tunang saye ni,dia cuma ade masa haritu saje.Tempat lain sume kena.."xabeh cakap lagi kalini

"ha..datangla lepas pukul2" high pitch balik!

dalam hati cakap "bodo betul!!"

"ok, terima kasih" di akhiri..

Kalau depan mata la on the spot panggil leader die suruh tegur depan2 tu jugak.BENGONG!!!

emo dgn patient lain apesal nk emo dgn kite yg dlm phone??

Thursday, March 4

aiyeen : "...,boleh tak i nak nangis?"

zakimy : eh! kenape??
aiyeen : terharuuuu
zakimy : hehe..nangis kat epot la nanti
aiyeen : haha wek!

okeh kami dah bertunang n nak kawen xpe
hohoh =P


encik tunang nak balik 18hb-21hb mac ni!
YEY!! ritu ingat tak jadi tauu

serious rasa nak terharu lebih jauh, tp melampau poyo la plak kan
ahaks ...

so kursus kahwin utk encik tunang dah di tukar kepada 20hb-21hb
Rupenye kursus kat presint 16 ni jadual die gini:
SABTU-Starting form 230pm-530pm
AHAD-Starting from 9am-5pm

Tapi hiv test belum dpt tempat lagi, sbb nak awalkan booking ritu mmg xle la.
Kena cari klinik lain.Nanti try call area banting/telok kalau klinik die free.

Jumaat 19hb nak g dzulldeclassique tempah baju encik tunang, hiv test n beli brg sket ^-^.

can't wait to see you~~

Monday, March 1

Urusan hari ini

Ticker menunjukkan betul2 tinggal 2BULAN!!!!

KAD JEMPUTAN:



Kad dah dpt dlm tangan, hurm....spt yg dijangka mesti ade silap.
Printing, die xbuat upside-down macam yang dipinta.Nak suh print balik xsempat dah. Cina printer tu xpaham bahase kut. Tak larat nak argue/amuk..
Redha jela dgn yg ade tu. Tak semua yang kite nak tu sempurna dapat...
Kire dah untung gakla, cume jumpe satu je yg kosong sebelah xbercetak out of 1635 kad. (Order 1500 keping selebihnya free)RM0.50/piece.
Yang best is delivery sampai depan pintu =D.

Supposed to be like this (siap sendiri wat demo lagiii)


end up jadi cani gak..(sebaekla ade penenang jiwe >(^^)<)


Dapat je terus hantar 60keping ke Jepun.Dengan harapan sampai dengan selamat dan cepatla ye. Total price parcel by air RM56.80.....mahainyeeee~ huhu



HIV TEST ENCIK TUNANG:

Pergi kaunter Klinik Presint 9 pukul12.
Terus booking 23/4/2010. Tak sampai 15 minit pun kat situ sbb org tak ramai kat kaunter booking tu.
Alhamdulillah =).

blurr.. eheh =P


Lain2 urusan peribadi pun byk dah disetelkan harini.
Alhamdulillah.

p/s:Sorang manager (native) korean speaker yang boleh cakap nihongo+eigo kat IB* cyberjaya sugoi!!!hehe...teruja dgn usaha 5tahun dah boleh jadi manager, SUGOI!!!