12 - 7 bulan sebelum (Mac 09 - Ogos 09)<--Complete!
a- tarikh & waktu nikah. (DONE) b- bajet kedua2 keluarga (DONE) c- tempat (rmh,dewan,masjid) (DONE) d- konsep (DONE-xde sgt actually) e- warna tema majlis (DONE) f- rujuk/mengintai2 perkhidmatan perkahwinan(DONE) g- pengapit (DONE) h- juru-solek, gambar, video, pakej (DONE) i- jumlah & nama tetamu (consider DONE) ------------------------
6 - 5 bulan sebelum (Sept 09 - Oct 09)<--Complete!
(menyelesaikan semua urusan persandingan-bayaran deposit, mencuba pakaian)
a-kenalpasti Jabatan Agama Islam (DONE) b-menghubungi tok kadi (DONE) c-pilih baju & tentukan kelengkapan majlis (pelamin, cior nikah, baju baru, make up 2x, bilik tidur, arch, aksesori, bunga tangan dll) (Deposit Paid) d-menempah videografi & jurugambar (Deposit Paid) e-menempah katerer (DONE) f-survey cincin kahwin (Siap engraved)
*Bagi bakal pengantin lelaki -maklumkan saudara mara. -kenalpasti yg akan menyertai rombongan.
*Bagi bakal pengantin perempuan -kenalpasti 2 org saksi (skali dgn jurunikah) -bg wanita yg kematian bapa, pastikan siapa wali nikah anda (adik,Deli)
------------------------
2 - 1 bulan sebelum (Jan 09 - Feb 09)<--Complete!
a-tentukan pengapit (DONE) b-pilih & cetak kad (DONE) c-merujuk kpd Jabatan Agama Islam utk proses mendaftar pernikahan.(DONE) d-lakukan perawatan sebelum majlis (mandi bunga,susu,sauna) (ongoing ;) ) e-pastikan size cincin (DONE) f-pastikan segala tempahan b'jln lancar (insyaAllah ok) g-pastikan aksesori yg ingin dikenakan pd hari t'sebut sudah tersedia spt brg kemas, layah, tiara, kasut dll. (DONE) h-pilih iringan atau deejay yg akan menyerikan majlis anda, pilih org yg dipercayai utk m'jg muzik (DONE) i-menempah PA system (refer h) -----------------------
3 minggu sebelum majlis<--Complete!
hantar kad! SUBMIT BORANG PERMOHONAN NIKAH!!
*Bagi bakal pengantin -pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati -pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung
*Bagi bakal pengantin perempuan -Pastikan gaya tudung bersesuaian dgn bentuk muka yg akan dikenakan pd majlis perkahwinan nanti.
----------------------
1 minggu sebelum majlis<--over...bridezilla stage ni!
a-meneliti perancangan yg telah dilakukan b-menyelesaikan semua konflik sebelum bercuti (huyo!) c-hindari konflik, tenangkan hati
----------------------
3 - 2 hari sebelum majlis<--Complete!Super Duper stress time ni =|
*Bagi pengantin -Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung, & lain2 hantaran -Sediakan seterika, papan seterika,cermin, jarum, & benang, bg memudahkan anda jika berlaku kecemasan. -Jika perlu, ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan melalui telefon
---------------------------
1 hari sebelum majlis pernikahan
-Hubungi jurufoto,juruvideo & lain2 (kompang,silat & sebagainya) supaya mereka datang lebih awal pada majlis tersebut -Sediakan (packing) brg2 yg perlu dibawa ke majlis tersebut, Elakkan melakukan 'last minute' dikuatiri ada barang yg tertinggal (baju bertandang dll) -Mandi air panas bersama auromaterapi utk kesegaran tubuh -Majlis berinai kecil dijalankan.<--xde majlis2 pun lah. -Tidur lebih awal & bersedia utk menghadapi hari bahagia (time bertunang pun kul2 tak boleh tido lg)
*Bagi pengantin -Hubungi makeup artist & minta mereka dtg awal -kenalpasti siapa yg akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pd hari perkahwinan nanti (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
---------------------------
Pada hari pernikahan
*Bagi pengantin lelaki & perempuan -pastikan membawa kad pengenalan, gambar, & apa2 dokumen yg diperlukan semasa majlis ijab & kabul
*Bagi pengantin lelaki -pastikan anda menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan -pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kpd org yg boleh dipercayai -pastikan anda telah menyediakan wang (upah) utk diberikan kpd tok kadi -cincin / gelang tangan / rantai -sirih junjung & lain2 hantaran -pihak lelaki & pengiring mestilah datang lebih awal sekurang - kurangnya 1/2jam = 30 minit dari waktu yang ditetapkan. -pastikan mereka yg menjadi saksi & wali turut ada pd majlis pernikahan tersebut
------------------------
Pada hari resepsi
*Bagi pengantin lelaki & perempuan -ambil sarapan seawal 7 pagi, bg m'elakkan kelapara, mengantuk, tidak bermaya -jangan takut , cuma tenang , sentiasa senyum, tidak bercakap semasa diatas pelamin -pastikan majlis berjalan lancar seperti yg dirancangkan
*Bagi pengantin lelaki -pastikan dapat datang tepat pada masanya @ sekurang-kurangnya 15minit dr waktu yg ditetapkan -pastikan semua barang hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
*Bagi pengantin perempuan -pastikan, telah bersiap 30minit lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah.
-----------------------
Pada hari menyambut menantu (rumah pihak lelaki)
*Bagi pengantin lelaki & perempuan -sama seperti dia atas.
*Bagi pengantin perempuan -sediakan barang2 untuk menginap di rumahnya, (baju, alat solek, telekung, towel, dll)
0 Yorum var:
Sen de yaz